Thursday, February 5, 2009
cerita seorang lelaki
assalamualaikum, sebelum aku nak cerita cukup la aku kenalkan diri aku sebagai al-khutubi. aku pilih nama ni sebab aku rasa tak ada yang nak guna nama ni. cerita yang nak aku cerita ni tidak ada kena mengena dengan mana-mana orang. hanya sebagai renungan bersama . cerita ini berkaitan dengan seorang lelaki yang pernah menaruh harapan untuk memiliki sebuah impian bersama orang yang diminati dan ada perasaan la. cerita ini berlaku di sekitar daerah kota tinggi, johor. mamat ni keje kat situ la. aku kenal mamat ni. dia seorang yang low profile. dia bagi tau aku awal tahun lepas dia ada cakap dia kata mungkin tak lama lagi aku akan melamar seseorang. aku cakap la bagus dan syukur kau dah nak kawin. dia cite budak yang dia suka tu budak ofis dia . aku tanya lagi kau dah comfirm ke budak tu suka kat kau. dia kata aku dah tanya 2 kali. Aku tanya lagi. Bila kau tanya? jawab dia aku dah tanya masa aku call dia . aku tanya lagi. Budak tu kata apa ? Dia kata . Saya tak caya awak. sebab awak banyak main-main. Aku tanya lagi ? habis kau kata apa? Dia cakap. Aku cakap aku betul-betul suka kan kau dan ingin menyunting menjadi isteri aku yang sah. budak perempuan tu cakap apa-apa je la kau. kalau betul aku tak mahu kau kecewa kan aku. Aku kata kat member aku baguslah kalau dia kata cam tu. Bila kau cadang nak hantar rombongan meminang. Member aku cakap. Insyaallah bulan 1 tahun 2009. aku cakap kau jangan tak ajak aku nanti. Baru-baru ni aku ada jumpa member aku ni lagi. Aku tanya lah Jadi tak bulan ni. Dia macam sedih je. Aku tanya kenapa ? Dia cakap Penat aku tunggu , aku ingat segala-segalanya macam yang dirancang. Budak perempuan tu ada hubungan dengan laki orang. Kawan kat tempat keje aku jugak. aku tak tau rupa-rupanya selama ni aku digunakan untuk mengaburi mata orang. Kata member aku ni tadi. Aku Tanya lagi Habis tu macam mana kau dapat tau budak perempuan tu ada hubungan dengan kawan kat tempat keje kau tu. Member aku bagi tau dia jumpa bukti dalam hanphone budak perempuan tu. Aku tanya apa yang kau jumpa. Dia Bagitau aku jumpa mesej -mesej orang tengah bercinta . mula-mula aku ingat biasa je. pada mulanya aku buat tak kesah je. samapai satu ari ada sorang akak kat tempat keje aku tanya yob-yob awak rasa si z...... dan T.... ada hubungan ke? member aku cakap saya rasa kak tak adelah sebab saya kan selalu ngan z.... kat pejabat. Kata kak tadi tu saya tengok lain la.. Member aku cakap tak ada apa-apa la . Aku pun tanya lagi , habis tu camner kau tau si z... ada hubungan dengan T... . Member aku bagi satu ari aku curi-curi tengok mesej Z... mula-mula aku ingat biasa je. aku tanya camner msj nya. Aku tanya camner bunyi msj nya?Bunyi dia camni. Kata kawan aku. SAYANG AWAK DAH SARAP KE KALAU BELUM JAP LAGI KITA SARAP SAMA-SAMA. MUla-mula aku ingat biasa je . Kata member aku ni tadi. aku tanya lagi lepas tu kau jumpa apa lagi? Dia kata masuk lagi msj bunyinya cam ni SAYANG AWAK DAH SARAP KE KALAU BELUM JAP LAGI KITA SARAP SAMA-SAMA, TAPI SEKEJAP YA I NGAH BASUH HI-LUX NI. abis tu kau buat apa ? tanya aku. kata kawan aku , apa lagi aku keluar tengok kat tempat basuh keta la. terkejut aku si T... ngah basuh hi- lux sambil pegang hp. BERSAMBUNG...................
Subscribe to:
Posts (Atom)